Sebelum cuti hari tu Dr Notts ada beri satu tugasan yang dinamakan Video Seram. Saya percaya semua kumpulan dah pun menyiapkannya. Memang terserlah bakat-bakat yang anda semua miliki. Bermula dari mimik muka, prop, costume dan kesan bunyi seram, semuanya boleh dikatakan kreatif dan berjaya menimbulkan rasa seram. Itu kata Dr Notts, bukan saya. Hehehe..
Berkongsi tentang pengalaman merakam video ini, kumpulan saya telah memilih kawasan kolej sahaja sebagai lokasi penggambaran. Bincang punya bincang, disebabkan kekurangan tenaga produksi, kami merancang untuk menjalankan penggambaran pada waktu subuh haari Khamis. Haa, mesti anda semua tertanya-tanya kan, buat apa susah-susah buat waktu subuh? Hehe, cerita punya cerita, sebenarnya ahli kumpulan sendiri sudah berasa seram bila memikirkan keadaan hostel yang sunyii sepi. Risau pula mengundang makhluk ciptaan lain untuk menjayakan penggambaran tu. Jadi, kami sebulat suara untuk membuat penggambaran pada pukul 5am. Tapi kawan-kawan jangan sangka nak jadi pelakon ni mudah, rupanya untuk menjadi pelakon memerlukan ketepatan masa dan profesionalisme yang tinggi. Jalan cerita kurang lancar sehingga kami tidak sempat melakukan penggambaran sebelum langit menjadi cerah. Haiii, kalau kawan-kawan perasan, lembaga yangg dilakonkan oleh Aini sudah menunjukkan keadaan langit yang sudah beransur cerah. Tapi tidak apalah, yang penting siap.. Hehe..
Nasib baik la selepas penggambaran tu, tidak apa-apa kejadian pelik atau seram yang menimpa kami. Syukur juga video seram kami walaupun tidaklah seram manapun, tapi yang penting Dr Notts kata, "Ok, bagusss..." Nak tengok video kami? Nak klik di sini:
No comments:
Post a Comment