Alohaa! Bertemu lagi kita di alam maya ini.. Apa khabar kawan2 di musim cuti ini? Bagi mereka yang tinggal sekitar UPM, mesti balik kampung kan? Kasihan dengan kawan-kawan yang berasal nun dari seberang Laut China Selatan sana, setiap kali cuti pendek macam ni, terpaksa berkorban duduk di hostel saja.. (Termasuklah saya.. haha)
Haa.. Cakap pasal cuti, saya rasa seronok sangat. Yalah, kalau cuti, tak payah turun kuliah, duduk dalam bilik, lepak dengan kawan, sembang-sembang, tengok movie, jalan-jalan.. Tapi.. Yang paling tidak seronok, dalam pada kita bergembira tu, tiba-tiba teringat pelbagai tugasan yang perlu disiapkan. Alamak! Masa tu, rasa nak hentikan je jam yang cepat berputar tu..
Tugasan kursus Bahasa Dalam Multimedia saja, sebelum ni kita kena suruh buat Video One Shot. Masa cuti ni pula, kita kena buat Video One Shot Thriller/Seram pula dah. Huh! Nak buat video seram kat kolej? Dah la pelajar yang tinggal boleh dikira, nak buat video seram, hantu tu tak datang ke? Uwaaa, minta dijauhkan! Tapi walau bagaimanapun, tugasan tetap perlu disiapkan. Jadi nantikan video terbaru kami ye!
SIMPULAN BAHASA UPM
Minggu lepas, kami telah menyiapkan satu tugasan iaitu merakamkan gambar-gambar situasi atau emosi untuk menggambarkan maksud yang ingin disampaikan dalam simpulan bahasa yang kami pilih. Dengar macam senang saja kan? Kena senyum-senyum, nangis kalau perlu, ketawa.. Heh! Tak semudah tu! Memang susah nak menggambarkan sesuatu emosi yang diinginkan sekiranya emosi tersebut bukanlah yang benar-benar kita alami. Kalau nak tau tengoklah gambar di bawah. Ada 5 gambar yang kami ambil tidak menepati kehendak Dr Notts.
No comments:
Post a Comment