Wednesday, 29 May 2013

BBM3410 Salam Terakhir...

NAMA: SYERIL PATRISIA BTE KINING 
NO MATRIK: 156641



SALAM TERAKHIR BUAT KAWAN-KAWAN DAN DR NOTTS...


SENARAI TUGASAN BBM3410 (BAHASA DALAM MULTIMEDIA)

AKTIVITI DALAM KULIAH

1. ASAS GRAFIK (Gambar dan hasil kerja boleh dilihat dalam post saya yang terdahulu.
2. FOTOGRAFI EMOSI (MUG, MEDIUM dan LONG SHOT)


MUG SHOT
Model: Grace

MUG SHOT
Model: Syeril

MEDIUM SHOT
Model: Faizah

MEDIUM SHOT
Model: Nurul Aini

LONG SHOT
Model: Cehbilaine

LONG SHOT
Model: Faizah


TUGASAN VIDEO 
1. VIDEO ONE SHOT ( Boleh merujuk ke post saya yang terdahulu)
2. VIDEO SERAM
3. VIDEO TANPA WAJAH

TUGASAN VIDEO GABUNGAN 3 KUMPULAN (BIDASARI UNNIE, BITARA DAN JEJARI PATAH)
1. VIDEO REALITI
2. VIDEO PENGAJARAN
3. FOTOGRAFI: GAMBAR UNIK


VIDEO ONE SHOT




VIDEO TANPA WAJAH




VIDEO RELITI ORANG MALAYSIA




VIDEO PENGAJARAN: ADAB MEMANDU






FOTOGRAFI: GAMBAR UNIK













Semoga berjumpa di lain hari.. Bye semua.. :)






Sunday, 21 April 2013

BBM3410 VIDEO SERAM UPM ( BITARA)

Hai semua!! Apa khabar? Dah terubatkah rindu di hati selepas seminggu bercuti? Mesti seronok kan balik rumah jumpa ibu bapa dan adik beradik? Hmm, saya pun terbayang-bayang hembusan angin dan bunyi kicauan burung di kampung halaman. Tapi apa kan daya, jauh nun seberang laut sana. Tapi tidak apa bah, bukan lama pun cuti tu, seminggu tu sekejap saja. Hehe..

        Sebelum cuti hari tu Dr Notts ada beri satu tugasan yang dinamakan Video Seram. Saya percaya semua kumpulan dah pun menyiapkannya. Memang terserlah bakat-bakat yang anda semua miliki. Bermula dari mimik muka, prop, costume dan kesan bunyi seram, semuanya boleh dikatakan kreatif dan berjaya menimbulkan rasa seram. Itu kata Dr Notts, bukan saya. Hehehe..

        Berkongsi tentang pengalaman merakam video ini, kumpulan saya telah memilih kawasan kolej sahaja sebagai lokasi penggambaran. Bincang punya bincang, disebabkan kekurangan tenaga produksi, kami merancang untuk menjalankan penggambaran pada waktu subuh haari Khamis. Haa, mesti anda semua tertanya-tanya kan, buat apa susah-susah buat waktu subuh? Hehe, cerita punya cerita, sebenarnya ahli kumpulan sendiri sudah berasa seram bila memikirkan keadaan hostel yang sunyii sepi. Risau pula mengundang makhluk ciptaan lain untuk menjayakan penggambaran tu. Jadi, kami sebulat suara untuk membuat penggambaran pada pukul 5am. Tapi kawan-kawan jangan sangka nak jadi pelakon ni mudah, rupanya untuk menjadi pelakon memerlukan ketepatan masa dan profesionalisme yang tinggi. Jalan cerita kurang lancar sehingga kami tidak sempat melakukan penggambaran sebelum langit menjadi cerah. Haiii, kalau kawan-kawan perasan, lembaga yangg dilakonkan oleh Aini sudah menunjukkan keadaan langit yang sudah beransur cerah. Tapi tidak apalah, yang penting siap.. Hehe..

          Nasib baik la selepas penggambaran tu, tidak apa-apa kejadian pelik atau seram yang menimpa kami. Syukur juga video seram kami walaupun tidaklah seram manapun, tapi yang penting Dr Notts kata, "Ok, bagusss..." Nak tengok video kami? Nak klik di sini:




Monday, 8 April 2013

BBM3410 Video One Shot UPM


Satu lagi tugasan yang Dr Notts beri ialah Video One Shot. Dalam video ni, setiap ahli kumpulan akan menari mengikut rentak lagu yang dipilih tanpa menggunakan suara. Lagu yang kami pilih ialah lagu Muaah!, yang dinyanyikan oleh Suzanne Brautigam. Lagu rancak ala-ala dangdut gitu.. Hehehe.. Kami telah mencipta gaya untuk setiap lirik lagu tersebut. Gambar di bawah ialah semasa kami membuat latihan dan rakaman video ini..
Sahabat merangkap pembantu lokasi.. 

Semasa latihan..

Saturday, 6 April 2013

BBM3410 SIMPULAN BAHASA UPM (BITARA)

Alohaa! Bertemu lagi kita di alam maya ini.. Apa khabar kawan2 di musim cuti ini? Bagi mereka yang tinggal sekitar UPM, mesti balik kampung kan? Kasihan dengan kawan-kawan yang berasal nun dari seberang Laut China Selatan sana, setiap kali cuti pendek macam ni, terpaksa berkorban duduk di hostel saja.. (Termasuklah saya.. haha)

         Haa.. Cakap pasal cuti, saya rasa seronok sangat. Yalah, kalau cuti, tak payah turun kuliah, duduk dalam bilik, lepak dengan kawan, sembang-sembang, tengok movie, jalan-jalan.. Tapi.. Yang paling tidak seronok, dalam pada kita bergembira tu, tiba-tiba teringat pelbagai tugasan yang perlu disiapkan. Alamak! Masa tu, rasa nak hentikan je jam yang cepat berputar tu..
             
         Tugasan kursus Bahasa Dalam Multimedia saja, sebelum ni kita kena suruh buat Video One Shot. Masa cuti ni pula, kita kena buat Video One Shot Thriller/Seram pula dah. Huh! Nak buat video seram kat kolej? Dah la pelajar yang tinggal boleh dikira, nak buat video seram, hantu tu tak datang ke? Uwaaa, minta dijauhkan! Tapi walau bagaimanapun, tugasan tetap perlu disiapkan. Jadi nantikan video terbaru kami ye!




         SIMPULAN BAHASA UPM

Minggu lepas, kami telah menyiapkan satu tugasan iaitu merakamkan gambar-gambar situasi atau emosi untuk menggambarkan maksud yang ingin disampaikan dalam simpulan bahasa yang kami pilih. Dengar macam senang saja kan? Kena senyum-senyum, nangis kalau perlu, ketawa.. Heh! Tak semudah tu! Memang susah nak menggambarkan sesuatu emosi yang diinginkan sekiranya emosi tersebut bukanlah yang benar-benar kita alami. Kalau nak tau tengoklah gambar di bawah. Ada 5 gambar yang kami ambil tidak menepati kehendak Dr Notts.

Abu Jahal

Ketam Batu

 Kuku Besi

Lebai Malang

Raja Sehari

Ringan Tulang

Senyum Kambing

Telinga Kuali











Sunday, 31 March 2013

BBM3410 Asas Grafik

Hai semua kawan-kawan! Atas kesibukan dan tuntutan komitmen lain, blog ini dibiarkan sepi tanpa status baru. Walau bagaimanapun, minggu ini, saya menyediakan tatapan khas buat anda semua. Beberapa minggu lepas Dr Notts telah memberi kuliah tentang asas grafik. Kami dikehendaki menyiapkan sebuah tugasan dalam masa dua jam namun hasil kerja mestilah memaparkan kualiti kerja dan kekemasan yang tinggi. Memang kedengaran senang tetapi sebenarnya agak sukar. Apatah lagi, dalam pada kekalutan itu, tiba-tiba salah seorang ahli kumpulan tergunting bahan yang akan digunakan untuk tugasan tersebut. Nasib baik semuanya dapat dikawal dengan baik dan kami ialah kumpulan pertama yang telah menyiapkan tugasan tepat pada masanya. Menakjubkan bukan? Saya sertakan gambar-gambar tersebut di bawah untuk tatapan anda semua.
.  

Wednesday, 6 March 2013

Kali pertama bersua... Alahaaii BBM3410!!

Hai kawan-kawan! Dah buat blog masing-masing ke? Ini ialah blog pertama yang saya cipta, walaupun dengan bantuan oleh sahabat saya, Shasa.. Susah juga nak buat blog ni.. Memang memerlukan kesabaran dan daya kreaif yang tinggi.. Hehehe.. Shasa memang dah pro dalam blog2 ni, kalau buat bisnes, memang mantap! Nasib baik ada kawan macam tu, kalau tak mesti sampai esok tak siap2 blog ni..
  O ya! Nak jadikan cerita, bukan nak suka2 ja buat blog ni.. Ada cerita penting disebaliknya.. Kalau bukan sebab yang tidak dapat dielakkan ni, tak terhasil blog yang julung kali dibuat ni..

       Keranamu BBM3410!
Semalam, selepas mendapat berita tentang pertukaran pensyarah BBM3410, kitaorang rasa teruja sangat! Bukan apa, pensyarah sebelum ini bukan tak bagus, malah memang mempunyai kredibiliti yang cukup tinggi dan harus menjadi sanjungan atau contoh pelajar.. Kalau nak menyoal tu, memang laju je degupan jantung ni! Dubdab! Dubdab! Jadi, bila ada sorang kawan kata penyarah baru akan masuk, huuu... Lega rasa dalam hati.. Lepas ni tak de la kitaorang tunduk je kat lantai bila beliau nak menyoal.. Makin rendah kia tunduk, tu la orang jadi sasarannya.. Hehe..
   
       Tapi....
Tepat jam 12, tiba-tiba masuk seorang pensyarah.. Eh, kenapa masih orang yang sama? Tidak lama kemudian pensyarah perempuan pula masuk. Rupanya, dialah orang yang ditunggu-tunggu.. Nama beliau, Dr Notts.. Tegas dan sangat organise orangnya. Cukup teliti dalam menyelesaikan masalah. Kelakar juga orangnya.. Tapi, bila cakap pasal tugasan.... Fuuuh! Berdesing juga telinga ni, nak kata banyak memang banyak! Tapi yang seronoknya, semua kerja secara praktikal. Tak payah nak ngantuk2 dalam kelas. Tu yang seronok tu. Kalau buat kerja sekurang-kurangnya tak la lama sangat nak tunggu 2 jam.. Ye tak?
   
    Akhirnya...
Setelah bermuhasabah diri semalaman... Keputusan pun dibuat.. Walau apapun tugasan, halangan dan cabaran.. Kursus ini mesti ditempuhi dengan sabar, sabar, sabar dan sabar..... Kena buat bagus2 dan terbaik, sebab kursus BBM3410 ni kursus WAJIB yang terakhir.. Apa salahnya mencuba dan menerima kesukaran seadanya kan? Kata orang putih, Think Positively... Jadi... Selamat Berjaya Kawan-kawan!!!!