Sunday, 31 March 2013

BBM3410 Asas Grafik

Hai semua kawan-kawan! Atas kesibukan dan tuntutan komitmen lain, blog ini dibiarkan sepi tanpa status baru. Walau bagaimanapun, minggu ini, saya menyediakan tatapan khas buat anda semua. Beberapa minggu lepas Dr Notts telah memberi kuliah tentang asas grafik. Kami dikehendaki menyiapkan sebuah tugasan dalam masa dua jam namun hasil kerja mestilah memaparkan kualiti kerja dan kekemasan yang tinggi. Memang kedengaran senang tetapi sebenarnya agak sukar. Apatah lagi, dalam pada kekalutan itu, tiba-tiba salah seorang ahli kumpulan tergunting bahan yang akan digunakan untuk tugasan tersebut. Nasib baik semuanya dapat dikawal dengan baik dan kami ialah kumpulan pertama yang telah menyiapkan tugasan tepat pada masanya. Menakjubkan bukan? Saya sertakan gambar-gambar tersebut di bawah untuk tatapan anda semua.
.  

Wednesday, 6 March 2013

Kali pertama bersua... Alahaaii BBM3410!!

Hai kawan-kawan! Dah buat blog masing-masing ke? Ini ialah blog pertama yang saya cipta, walaupun dengan bantuan oleh sahabat saya, Shasa.. Susah juga nak buat blog ni.. Memang memerlukan kesabaran dan daya kreaif yang tinggi.. Hehehe.. Shasa memang dah pro dalam blog2 ni, kalau buat bisnes, memang mantap! Nasib baik ada kawan macam tu, kalau tak mesti sampai esok tak siap2 blog ni..
  O ya! Nak jadikan cerita, bukan nak suka2 ja buat blog ni.. Ada cerita penting disebaliknya.. Kalau bukan sebab yang tidak dapat dielakkan ni, tak terhasil blog yang julung kali dibuat ni..

       Keranamu BBM3410!
Semalam, selepas mendapat berita tentang pertukaran pensyarah BBM3410, kitaorang rasa teruja sangat! Bukan apa, pensyarah sebelum ini bukan tak bagus, malah memang mempunyai kredibiliti yang cukup tinggi dan harus menjadi sanjungan atau contoh pelajar.. Kalau nak menyoal tu, memang laju je degupan jantung ni! Dubdab! Dubdab! Jadi, bila ada sorang kawan kata penyarah baru akan masuk, huuu... Lega rasa dalam hati.. Lepas ni tak de la kitaorang tunduk je kat lantai bila beliau nak menyoal.. Makin rendah kia tunduk, tu la orang jadi sasarannya.. Hehe..
   
       Tapi....
Tepat jam 12, tiba-tiba masuk seorang pensyarah.. Eh, kenapa masih orang yang sama? Tidak lama kemudian pensyarah perempuan pula masuk. Rupanya, dialah orang yang ditunggu-tunggu.. Nama beliau, Dr Notts.. Tegas dan sangat organise orangnya. Cukup teliti dalam menyelesaikan masalah. Kelakar juga orangnya.. Tapi, bila cakap pasal tugasan.... Fuuuh! Berdesing juga telinga ni, nak kata banyak memang banyak! Tapi yang seronoknya, semua kerja secara praktikal. Tak payah nak ngantuk2 dalam kelas. Tu yang seronok tu. Kalau buat kerja sekurang-kurangnya tak la lama sangat nak tunggu 2 jam.. Ye tak?
   
    Akhirnya...
Setelah bermuhasabah diri semalaman... Keputusan pun dibuat.. Walau apapun tugasan, halangan dan cabaran.. Kursus ini mesti ditempuhi dengan sabar, sabar, sabar dan sabar..... Kena buat bagus2 dan terbaik, sebab kursus BBM3410 ni kursus WAJIB yang terakhir.. Apa salahnya mencuba dan menerima kesukaran seadanya kan? Kata orang putih, Think Positively... Jadi... Selamat Berjaya Kawan-kawan!!!!